Wednesday, January 12, 2011

''Me Like Princess.''







Ye salam kepada semua.. ''me like princess'' ? haha sebenarnya bukan sya yang ckap, tapi ada kawan2 saya yang ckp, sbr2!! bkn cntik cm princess, tapi kehidupan sya cm princess... :) ha ... sekarang da fhm? blm lg kan? 



Tapi bila sya fikir2 kan balik.. btul jugak, ''me like princess'' .. sebab sya sorang je perempuan dalam adik beradik dan saya anak bongsu.. mungkin sebab tu juga la mereka ckp ''me ike princess'' hihi.. Ala, kehidupan sya same je cm korang, makan n minum .. ada mase g jalan2..  tapi mungkin kehidupan sya lain daripada mereka yang rasa kehidupan sya lain kot... hihi.. 



sebenarnya cmni, sya ni sorang je prempuan dlm adik beradik, ayah n mak pulak selalu ambil perhatian pada sya.. kadang2 best juga , di jaga bagaikan ''Puteri'' kn? hihi.. kadang2 bile fikir2, sya nak juga berdikari.. kemana sje sya pergi mesti mak n ayah tahu,dengan sape n tempat yang sya pergi.. tapi mereka x akan benarkan sya pergi sendiri.. mungkin takut terjadi apa2 yang x diingini.. zaman sekarang niy mcm2 berita.. tu yang semakin ketat la kehidupan saya, bukan selalu juga dikongkong... cuma tidak dapat la kerap keluar dengan kawan2.. 




x rimas ke?x boring ke dduk rumah je? ha tu la slah satu soalan kawan2 sya tnye... isshh.. korang niy, gila ape lau saya ckp x rimas n boring.. rimas juga, tapi mungkin da biasa, jadi perkara tu dah naik lali da bagi sya.. lau boring lak, kadang2 mereka bawa jalan2 1 family, hilang juga boring.. x teringin nk kuar ngn kawan2 ? gila la lau ckp x teringin, teringin sgt nk kuar ngn kawan2, tp kadang2 masa x mengizinkan,kadang2 mereka x izinkan. Jadi x dapat la nk join mereka lau setiap kali plan nk jumpa.. *terkilan sgt.. tp nasib dorang fhm cara hidup saya.. 



Pernah dating?? ha .. ni sumpah xpernah... alang kan nk kuar jumpa kawan perempuan pun agak susah, soalan ni pulak muncul.. hihi.. lau x pernah dating cmna couple? ha .. tu nasib la kenal kt kolej .. tapi x pernah dating.. just jmpa bincang tentang pelajaran tu ada la.. mak n ayah supporting n x kisah lau sya ade ''couple'', tpi jangan sampai sya kuar dating.. haha.. jadi? fhm2 la.. lau dating pun x pernah, mestila pengalaman ber' couple pn xde.. hihi.. tp sya ckup fhm dengan lelaki ni, sebab pengalaman daripada kawan2 n dengar crita daripada kawan2 rapat(boy),, ade sebilangan boleh percaya, ada yang x boleh dipercayai.. 


''eley... poyo la ko xde couple skrg??'' 1 soalan yg sakit bila di dengar... ehh...! serius ~~ x de couple.. lau nk couple pn agak takut.. yela, mcm2 boleh jadi.. friends is better than couple..same je ... lau ade jodoh x kemana.. x begitu..? haha.. 



now! ? ''me like princeess'' haha.. yep.. ~ i was like this word.. :)
by:- pincessrara..


















Tuesday, January 11, 2011

Aku PeLaKoN.. ???

ye.. salam kepada semua.. :)

Aku pelakon? hihi.. mcm niy ceritanya.. bkn pelakon yang filem kt tv tu semua.. hanya pelakon kt kolej dulu.. hihi.. saya ambil coz preparatory intensive program kt kpmBP selama 5 bln je, bagi semua yang ambil coz pip ni mesti berlakon dalam drama yang dikarang oleh sir dan miss yang mengajar kami semua. Drama yang dikarang itu dalam bahasa english dan kami semua diwajibkan berlakon dalam bahasa english. Dari hasil drama kami ni la dikira point untuk final exam kami.

Pada mulanya memang saya x yakin boleh speaking in english ke x dalam drama tu..?? boleh hafal skrip ke x?? mcm2 la.. gementar pn ada.. sebab semua akan tonton drama tu, nk x nk terpaksa juga la berlakon. hihi.. Miss kami da pesan ''bersedia la kamu untuk drama, bentukkan 1 group kamu semua'' kami pun berbincang dalam kelas untuk bentukkan 1 group dan nama group.

Setelah mendapat kata sepakat, jadi la 1 group yang diberi nama ''ADAM N IVE'' haha.. kenapa adam n ive? sebenarnya ni semua cadangan ketua group kami,katanya drama yang kami dapat bertajuk ''NUR KASIH'' salah 1 drama romantik yang semakin meletup-letup kt tv tu,tapi ada kelainan dalam drama yang dikarang dalam buku ''short story'' kami, cerita ni lebih kepada ank perempuannya dipaksa kahwin dengan pilihan ibu bapanya dan anak perempuannya terpaksa akur pada hakikatnya dia x suka, tapi pada akhirnya mereka saling jatuh cinta.

siapa hero n heroinnya??? haha.. da tahu da soalan korang semua.. hihi.. rasa2 sape? sya?? hahha,, salah sungguh, pada mulanya mungkin akan terjadi juga mereka semua perlukan heroin yang betul boleh bawa watak ni, tapi bila saya fikir2 saya x boleh bawa watak yang mencabar saya untuk berhadapan audience hihi..salah satu sebabnya saya tolak ..
  1. malu (nk berhadapan audience) 
  2. skripnya panjang2.. agak susah.
haha tu la kelemahan saya.. seorang yang pemalu, jadi saya ambil keputusan untuk ambil watak sebagai mak kepada anak perempuan yang bernama ''Haifa'' hihi.. Salah satu sebab saya yakin boleh bawa watak ni sebab ''Haifa'' tu kawan rapat saya jadi mungkin ada sefahaman untuk berlakon dengan lebih baik.. hihi.. tu pun da malu sangat kt atas pentas.. tapi kelegaan terasa bila dah habis drama tu. 

Lama juga dan makan masa bagi kami semua nak dapat totally drama yang perfect.. hihi.. sebab ada je halangannya, ada yang x sihat untuk turun berlatih la, ada yang datang lewat la.. yang lagi perlukan kesabaran ketua kumpulan kami ialah perangai setiap orang.. haha.. salah satunya saya dan kawan2 yang lain.. saya ''degil''? ehh x la.. saya baik tau.. x dela .. biasa la kan kalau dalam 1 group tu semua teman2 rapat.. ha ... korang bayangkan la... haha,, mesti ada yang x serius,ada yang wat lawak la pela, jadi masa kami berlatih habis dengan berbual kosong... bukan x risau, tapi entah kenapa perasaan bila da dalam 1 group yang boleh di kta kan group asyik berlawak.. haha.. ada je topik yang nak di ketawakan.. nak2 lagi drama kami tu drama romantik.. hihi.. jadi ada yang gelak2 la pela.. 

Debaran makin terasa apabila kami semua ni tengok persiapan group yang lain yang sudah pun jadi sebuah drama yang perfect berbanding group kami yang hanya main2 apabila datang berlatih, tapi tu pun hanya sementara sedar je, masih lagi main2 juga.. kena marah macam mana pun tetap degil, agaknya salah kami juga mengambil group sendiri.. sepatutnya ambil group yang berasingan, ni da jadi mcm ni.. main je bila berlatih.. hihi.. 

28/10/2010 malam kami membuat persembahan drama kami dengan penuh yakin, mungkin juga semangat daripada kawan2 sekelas kami dan sokongan daripada miss dan sir kami. Kami mendapat angka giliran no3.. haha gementar yang x terkata.. haha.. semua sedang duduk keseorangan mengingat skrip dan saling berbincang dengan pasangan dalam drama kami tu..
pada malam tu pula ramai yang tonton drama kami, mungkin juga oleh kerana banting yang kami promote tu menarik minat semua untuk menyaksikan kami berlakon.. haha.. gementar saya hanya berhenti apabila saya memulakan lakonan saya dan ketika sudah berada di atas pentas.. haha pelik juga .. mana perginya pemalu saya?? mungkin juga pada masa tu hati saya sudah sepenuhnya dalam drama tu.. haha al-maklum la ya kali pertama berlakon.. haha kena hayati x begitu..? hihi.. selang berapa sence drama abis di selangi dengan gelak tawa penonton, dalam hati hanya berdetik .. drama ni i'allah boleh memikat hati juri juga.. 

Seminggu selepas tu, kami diberi keputusan yang x kami dugakan drama kami memikat hati juri, menjadi juara dalam kelas kami.. bersyukur alhamdulilah berkat usaha kami bersama.. kami mendapat anugerah montaj terbaik dan hasil drama yang terbaik.. Inilah pengalaman sebagai seorang pelakon selama 1 hari.. huhuhu.. 





Monday, January 10, 2011

HiSteria...... ARGGG!...

Erhmm,, pengalaman pahitku, HISTERIA.. niy semua berlaku dlm thun lps.. kire baru jgk la berlaku.. bru2 masuk kolej.. saya x dpt la nk cerita sepenuhnya.. sebab saya yang alami.. berlakunya histeria ni pada pukul 12 malam.. lagi mengerikan saya, yang nampak tutttttt,,,,, roommate saya.. hurm..sebelum terjadi tu  saya dan teman rapat saya keluar untuk study group for midterm yang akan hampir x lama lg.. sedang asyik mengulang kaji pelajaran.. x sangka jam tepat pukul 11.45 malam.. saya dan teman saya pun mengambil keputusan untuk stop revision pada mlm tu.. nasib juga la rumah kite orang niy x jauh daripada tempat belajar tu.. suasana malam tu, mcm biasa jela.. di cafe masih penuh dengan orang2 yang sedang makan.. Tapi da nk terjadi kan.. mana la kita tahu dan di jangka.. setelah sampai saje di rumah, seperti setiap hari dan kebiasaan saya la.. letak beg2 dan buku2 saya di bilik dan lepak ngan kawan2 serumah saya.. rumah yang kami duduk ni sebenarnya untuk ''pensyarah'' tapi disebabkan tiada kekosongan bilik di asrama jadi kami semua di tempatkan di rumah itu.. dalam rumah tu kami 7 orang saja, boleh tahan luas juga, ada 3 bilik.. dan ruang tamu yang agak luas.. lagi2 pulak, rumah kami tu tepi hutan... ''sErAm'' ..

Jadi masa saya balik je dari study group tu, saya pun terus ke bilik teman serumah saya... saja je berbual-bual, x tahu lak nape lak aritu saya ni cam x sabar nak bergegas ke bilik teman serumah.. sampai x sempat bukak tudung pun,mungkin juga pada mase tu saya ada perkara yang nak di kongsi bersama.. *teruja kot* hihi.. saya tahu kawan rapat saya tu dalam bilik sorang2.. mungkin salin pakaiannya.. jadi saya, x la terfikir ape2, sedang asyik berbual dengan teman serumah saya..

''fara!!!!! '' suara kawan sebilik saya memanggil.. seperti biase la.. saya hanya menjawab dari jauh saja.. ''yep!! sini la,'' lalu dia berlari ke tempat kami berbual, diiringi dengan ketawa yang agak pelik.. kawan2 serumah saya ingatkan dia hanya bergurau. tapi hal sebenarnya saya da rasa lain macam dengan cara dia ketawa.. mungkin juga saya rapat dengan dia jadi serba serbi tentang cara dia saya tahu.. perasaan saya masa tu agak seram,takut pun ada, sebab x thu nk wt pe2.. kawan saya ''kekejangan'' mata pulak ''merah''.. puas kami baca segala macam surah .. tapi x jalan.. lalu dia genggam tangan saya begitu kuat.. hmmm.. masa tu nk nangis jugak.. sakit nya sampai ke tulang.. begitu kuat nya 'benda tu' msuk dalam badan dia..

x lama kemudian, uztaz dan warden2 semua datang ke rumah kami.. selepas tu, saya dah x berapa sedar pe yang terjadi, yang saya ingat la saya mejerit dan menangis ketakutan apabila mendengar kawan saya ketawa dan juga terdengar kawan sebilik saya pun turut menjerit.. sya jadi takut nak dengar suara dan tengok kawan saya ketika itu. sikap saya pulak hanya ''diam'' sekejap ''menjerit'' . berapa minit atau jam kemudiaan setelah air yang di baca kan ayat2 al-quran di minum , dan didengarkan ayat2 suci al-quran saya sedar dari histeria tu. sya x dpt nk gambarkan macam mana semua ni berlaku, sebab saya yang alami. Ini saja yang dapat saya tulis mungkin sekadar untuk berkongsi. x kan saya lupakan pengalaman yang x pernah dialami sebelum ni..

Lama juga la fobia, x boleh tinggal sorang2, balik lewat malam pun da x berani, semuanya perlu berteman. tidur malam kami pun agak terganggu tidak seperti kebiasaan tidur dalam gelap dah bertukar menjadi terang menerang.. tu je yang dapat saya kongsikan. pengalaman yang agak SERAM menyelubungi malam di kolej ketika itu..

Sunday, January 9, 2011

about me..

yeah,,, akhirnyer.. hihi.. the simple about me.. my full name is norfara akma binti nordin.. just call me fara,akma or my nickname in fb.. hihi.. ^_~