Saturday, August 25, 2012

seorang pekerja

hai dear blogger, hai my sweet blog, dah lama tinggalkan blog ni tanpa di jaga.. haha..Genap sebulan lebih saya menjadi seorang therapy of beauty a.k.a beautician for healthy and beauty. for the first time saya masuk praktikal di sebuah saloon+spa agak blank kt situ, sebab banyak benda untuk saya sesuaikan dengan keadaan dan tempat.

Setelah diberi penerangan tentang apa yang perlu lakukan apabila ada pelanggan yang ingin membuat rawatan muka dan badan, untuk pertama kali saya sendiri yang mengendalikan tentang semua rawatan spa. saya juga diletakkan dibawah bahagian SPA.Dengan itu, saya sebagai pelajar therapy of beauty berbangga... *tunduk kepala, tangan di dada* sebab diberikan kepercayaan setulusnya kepada saya, untuk mengendalikan kesemua tentang SPA ..

heeeyyyaaahhhhhh ... salam lebaran for u guys.. saya ucapkan, even memang saya tahu memang dah terlambat, macam dah basi la kan, nak ucapkan selamat hari raya.
saya semakin selesa menjadi seorang yang sudah mempunyai tanggungjawab. tanggungjawab saya sebagai seorang beautician dan sebagai seorang pekerja.

Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja adalah salah satu pengalaman yang manis bagi saya, kerana saya dapat mengetahui selok belok dalam perniagaan, dan saya juga dapat memberanikan diri untuk mencuba sesuatu kelainan pada diri saya sendiri dan idea, pendapat agar perniagaan akan maju ke hadapan, dan semakin membina semangat untuk menjaga kesihatan dan kecantikan yang ada pada diri setiap orang.

Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang beautician juga memberi saya satu pengalaman dan pengajaran untuk saya belajar dari yang lebih berpengalaman untuk lebih menyakinkan sesuatu rawatan kepada setiap pelanggan igin melakukan rawatan. Dengan itu,saya dapat melatihkan diri saya untuk berani menonjolkan diri untuk sentiasa maju kehadapan tentang dunia kecantikan.

Selain itu, saya juga perlu belajar sesuatu yang baru daripada pelanggan, dari segi cara rawatan, dan juga dengan ada nya perbualan antara satu sama lain, saya dapat tahu apa yang diperlukan oleh seorang pelanggan, dan apa yang pelanggan persoal kan tentang dunia kecantikan dan kesihatan.
dari situ mungkin kita sebagai seorang beautician dapat memperbaiki dan mencari jalan dan cara untuk memenuhi setiap apa yang diperlukan sekarang pada dunia kecantikan.

''beauty is pain'' kecantikan bukan untuk membazir tetapi kecantikan adalah satu benda yang perlu dijaga dari awal, dan kesihatan juga perlu diperlihara dari awal, untuk kebaikan diri. selain itu juga, kecantikan juga ibarat mutiara yang perlu dijaga supaya sentiasa bersinar, walaupun bertahun-tahun lamanya mutiara itu, tapi pasti sinarnya masih terserlah..

jadikanlah kecantikan dan ketampananMU adalah satu realiti.


~rara~