Wednesday, October 17, 2012

jiwa ku tersentuh..

assalamualaikum,


alhamdulilah sebab hari ni masih lagi meluahkan dan mengisi masa dengan menulis kisah kehidupan saya. sebenarnya tadi saja jek nak godeh2 tiba-tiba jek terasa nak baca blog cousin saya .. herm tersentuh laa sebab selepas beberapa minggu dapat tahu mak nya meninggal dunia(mak saudaraNYA) sekarang dapat lagi satu berita cousin rapat dia pula accident dan meninggal dunia .

saya serba sedikit berasa sedih even saya x kenal sangat dengan cousin rapat nya belah ''ibunya'' tapi saya dapat merasakan apa yang dia sedang rasa. dari penulisan nya dalam blog dia membuat saya tersentuh hati nak nangis pon ada.. (sebenarnya dah menitis air mata pun). tersentuh hati ni sebab macam dapat selami perassan girlfriend abg wen ni.. mesti sedih sangat bila melihat sekujur kaku ,berlumuran darah dan masih berusaha menyelongkar barang-barang arwah untuk cari ''cincin'' sebagai tanda cinta mereka.dan menyarung di jarinya.  ='(


Tggu jnzh cmpi..3.30pm ibu,abah,mak ngah,cik N n cik farid cmpi uma..ibu bwk bju abg...masih penuh ngn darah..n ibu tunjuk barang2 abg..sayu nye ht..phne abg hancur..jam putus..n cincin..cincin abg n ika(gf abg).. Btmbh sayu bile tgk ika selongkar barang abg utk cari cincin n sarung kt jari die... 


 sebak rasa hati bila letakkan diri saya di tempat ''ika'' sesungguhnya hidup di dunia ni sementara, tapi sayu hati lau dapat tahu yang abg wen telah merancang sampai abg wen ckp kat ''anne'' suruh anne gubah kan hantaran untuk abg wen dengan ''ika'' . mesti ''ika'' sedih boleh sasau lau dapat tahu hal sebenarnya yang abg wen pernah rancang macam tu dan kini ALLAH amat menyayangi nya.. al-fatihah. semoga roh nya di rahmati ALLAH. aminn..

salam takziah daripada saya, kepada keluarga ''anne'' .. sesungguhnya kita akan kembali kepadaNYA juga satu hari nanti. hmm .. rasa sangat kesedihan yang di alami oleh ''ika'' semoga dia tabah mengharungi hidup nya tanpa ''abg wen'' iaitu kekasih hati nya. 


''ika, kalau saya di tempat awak .. saya akan rasa seperti mana yang awak rasa sekarang, awak banyak2 sabar ye,, saya tahu x semudah itu untuk melupakan sesorang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya berjanji untuk hidup semati, dan merancang untuk menjadi teman sampai lah ke akhir hayat, saya harap doa awak sentiasa diiringi dalam setiap solat awak. ''


akhir kata dari saya , sekian, semoga kita semua dapat tabah dalam setiap dugaan yang datang. sesungguhnya kita akan kembali juga kepadaNYA satu hari nanti. hmmm... ='(



 

Tuesday, October 16, 2012

alhamdulilah..

assalamualaikum..


 alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi bernafas dan meneruskan kehidupan saya sebagai hamba ALLAH.. semoga kehidupan ni diberkati olehNYA..

alhamdulilah juga kepada rakan-rakan saya telah mendapat interview kerja, semoga korang berjaya di dunia dan akhirat. tak lupa juga alahamdulilah dengan nikmat yang diberi OlehNYA saya dapat melihat kawan-kawan saya yang dah melansungkan majlis pertunangan dan ada yang sudah pun di ijab kabulkan .
(saya pulak menuggu saat di pinang ... ceh wah... ).

''hey korang .. aku tumpang rasa gembira sebab dapat tengok ko dah pun jadi tunang orang.. hehe.. aku juga mengharap 1 hari nanti aku dapat rasa perasaan yang cam mana ko rasa.. mesti seronok kan kan kan... eee.. tahniah la babe.. semoga hubungan ko kekal hingga ke akhir hayat ko.''

alhamdulilah, sudah pun setahun setengah saya masih diberikan kesempatan untuk meneruskan hidup bersama insan yang saya amat sayangi. terima kasih kepada awak juga kerana sudi untuk meneruskan perjalanan hidup awak bersama saya. =)  saya berharap selama-lamanya awak masih meneruskan hidup awak bersama saya sampai ke akhir hayat saya. itu lah satu doa saya . AMIN,.. saya juga berharap awak lah orang yang akan melafazkan ''aku terima nikahnya'' , dan akan menjadi imam setiap solat saya.

alhamdulilah, berakhirlah perjuangan saya sebagai seorang pelajar dan diberkat usaha saya sendiri. sudah jaya nya saya dengan kelulusan ''juru estetik'' thp 1&2.

tak lupa juga bersyukur alhamdulilah sudah genap 1 tahun setengah saya telah bertudung, masih dalam proses penghijrahan saya sebagai seorang muslimah yang sejati,, (ceh wah... sejati kan. ) INSYAALLAH..
dan saya juga berterima kasih kepada awak yang sering menasihat dan sebagai sumber pendorong saya untuk saya berhijrah. semoga ALLAH me'izin kan awak menjadi inspirasi hidup saya selamanya .. AMIN..

 sekian ... 


Friday, October 5, 2012

perkara yang MEMBENGGANGKAN aku.


  1. Orang yang berlagak , lepas tu nak cerita banggakan diri.
  2. Lelaki yang gatal.
  3. Orang yang show off lebih!
  4. Orang yang mungkir janji.
  5. Bila dah cantik-cantik tak jadi nak keluar.
  6. Bila ada hal , call orang tak angkat2 kAKAK CENTRE yang ANGKAT!
  7. Orang yang berkira. kalau duit ''AKU'' wahh laju jek.
  8. Bila keluar batery fon LOW & tak ade kredit.
  9. Orang yang cakap semuanya DIA jek BETUL.

Thursday, October 4, 2012

kehidupan selepas PRAKTIKAL .






Hi assallamualaikum, 


heeeyyaaahhh akhirnya saya pon sudah menamatkan pekerjaan saya sebagai seorang juruestetik. pengalaman yang x dapat saya lupakan. huwaaaaaaaa... saya hampir menangis apabila saat akhir saya meninggalkan ''ADAM HAWA BEAUTY & HAIR SALOON.


setelah saya punya visi dan misi saya sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan industri di sebuah firma yang membuat kan saya mempelajari sesuatu bidang saya dengan teratur. syukur alhamdulilah, saya sudah selesai segala tugasan saya untuk menyiapkan laporan selama saya 3 bulan di tempat praktikal saya.


2/10/2012 saya telah hadir kan diri saya sebagai seorang pelajar senior institut kemahiran belia negara bandar penawar, haha. *senyum dengan seikhlas hati* 



hehe.. neves2.. u know.. sebab da lama sangat tak jumpa kawan-kawan setelah semuanya tamat pengajian, syukur alhamdulilah.... ALLAH memberikan kita kesejahteraan dan kesihatan yang sihat untuk kita teruskan kehidupan kita di dunia ni.. 


hari perjumpaan kali terakhir saya berjumpa pengajar saya.. cik ida, i will miss u forever. terima kasih buat segalanya. *bergenang air mata* cehhh .. nak nangis pulok.... seriously .. setelah setahun setengah menjadi pelajarnya.. DIA lah sanggup melayan sikap dan kerenah saya yang banyak tanya. 


sekarang pulak .. saya masih berehat di rumah.. seriously bila kerja, mengeluh sebab tak ada cuti hujung minggu, bila da cuti buat selamanya, saya kebosanan, hmmmmm... apa harus saya buat sementara nak tunggu majlis konvokesyen pada tahun depan.
rutin harian saya di rumah seperti biasa menolong mak saya. siap segala kerja rumah. saya menongeng kebosanan...... haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! *jerit sekuat hati* haha.. lepaskan tension pulok..





saya amat laaa rindu korang ... wahai kawan-kawan ku.. even penat
di saloon/spa tapi tetap berjalan lepas kan tension..

heeeee...