Sunday, September 15, 2013

salam, firstly nk gtwu bahawasanya diri ini sudah pun berada di shah alam, seperti semua pelajar lain, yg sedang menjalani internship.. seriously aku berada dalam keadaan yang krg stabil, dari segi emosi dan tekanan kat sini.. alhamdulilah.. keluarga ni sungguh baik bg aku.. syukur sebab masih ada lagi seorang manusia yang berhati baik seperti keluarga ni.. 

aku merasakan keluarga ni telah berikan ku 1 semangat yang baru agar aku terus kuat, mungkin tu salah satu gantinya keluarga ku yang jauh berbatu dari aku. sedih jugak sebab berjauhan dengan family, agaknya lebih sedih bila kita tiada siapa2 lagi kan? semoga ALLAH panjangkan umur emak dan ayah aku. semoga mereka dapat melihat aku berjaya dan aku dapat mengembirakannya,

baru berapa minggu dekat sini, aku dah rasa sedih sgt, mungkin kne mengharungi pelbagai cabaran kat sini. pengakuan yang sangat ikhlas dari hati... aku memang lah seorang yang takut dengan cabaran, takut dengan dugaan. semoga ALLAH berikan aku ketabahan selama aku di sini. :(

 kadang-kadang aku rasa x kuat lagi nak teruskan, tapi aku fikirkan masa hadapan aku, tak kan aku nak biarkan hancur mcm tu jek, mungkin jugak ALLAH sdg menguji aku, supaya aku sentiasa mengingati NYA .. alhamdulilah , semakin hampir hari , semakin meningkatkannya angka, aku harap setiap apa yang aku mohon, aku impikan dalam setiap doaku setiap hari, di makbul ALLAH, semoga juga, ALLAH berikan rezeki pada aku dan keluarga aku. INSYAALLAH AMIN. 

nukilan hati,
''rara''

Monday, July 22, 2013

x lama lagi

assalam.. huff berhabuk n bersawang blog ni tanpa di jaga.. ni baru ade time free sikit nk update blog. sebelum ni cm biase busy dengan belajar ,asgment segala bagai. now nga busy dengan final .. last module lesson practice.

alhamdulilah, lg selangkah lg untuk hbis final ni, x la serabut kepala otak memikirkan nya.. seriously mmg saat akhir dkt ciast ni mmg memeritkan, memeritkan coz x cukup tido jek.. lau kt umah tido paling lambat pon pukul 1,2 tp bile kt sini tido kol 5 maaa.. disebab kan wt wim bagai, wt poster bagai.. seriously mmg letih.. bile lesson practice bile sesi ptg jek mule naik pening.. sebab x cukup tido kan..

x pe mungkin dugaan n cabaran belajar kt sini, tp semua ni memberi kite banyak pengalaman nk handle semua keje yg akan dtg, bukan senang nak jd seorang pengajar right? kt sini baru saya tahu betapa susahnya jadi seorang pengajar, but jd seorang pengajar ilmu nya akan sentiasa mengalir selagi pelajar-pelajar sntiasa amal dgn ilmu yg kita beri, secara x langsung kite dpt pahala mengajar .. so nice !.. hehe

2/8 ni habis segala berhempas pulas belaja kt shah alam ni.. seriously semenjak duduk sini, duduk negeri orang .. banyak benda saya belajar, even 3 bulan jek kt sini, nk tinggal kn tmpat ni sangat susah maaa... kt sini mengajar segalanya untuk lebih matang sebagai seorang pengajar, now.. saya akan tanam kan sifat penyayang dan tegas tu dalam diri saya supaya saya mnjdi seorang pengajar yg di senangi pelajar-pelajar saya. insyaALLAH.. hope semua nya dpt keistimewaan pada setiap yang mereka ada. amin..

now 21 years old (even x cukup bulan lg ) saya digelarkan pengajar, banyak benda perlu saya belajar, belajar pun tiada had umur, smpai bile-bile dan seumur kite pon kite masih bole lg belajar. hope saya punye plan selepas 1,2 thun mncari pengalaman sebagai seorang pelajar, insyaALLAH saya ingin naik kan lg tahap pencapaian saya dalam bidang saya. bak kata orang , ''selangkah kita ke hadapan,bermakna selangkah pengalaman dan perjalan hidup kita berubah''.. salam ramadhan.. :)

Sunday, June 16, 2013

assalamualaikum, hampir nak bersarang blog ni,.maaf lah sesibuk nya diri ini..

harap kehidupan sentiasa di limpahi dengan kerahmatan dari ILAHI.. siapa lah kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan, x kira tua atau muda sebenarnya.. payah untuk menutur kata ''maaf'' jika kesilapan itu terjadi.. bile semua nya di tutur dengan sebaiknya, kadang-kadang kite lupa yang diri kite juga tidak semestinya tidak mempunyai silap dan salah, even seseorang sudah pun menutur kate maaf.. susah nak cari orang yang hendak sama-sama mengaku untuk terus saling maaf dan me'maafi antara satu sama lain.

sering kali kita dengar bahawanya yang tua itu tidak mempunyai salah,dia lebih matang dan semua yang di buat ada lah betul.. sesungguhnya pesalah tetap bersalah.. kadang-kadang kita x dapat nak bezakan antara perasaan dengan fikiran, fikiran dengan perbuatan, perbuatan dengan hati.. sesungguhnya perkara yang menjadi kan seseorang itu lebih matang dari segi diri die memahami, diri die berfikir , dan diri die bertindak.

sape kite nak ramal kehidupan dan perangai seseorang,? hanya melihat wajah, perlakuan yang sering kali akan berubah-ubah? sebab kita manusia.. perangai, perasaan sering kali bertukar-tukar.. jadi tiada siapa dapat menilai seseorang dan hati seseorang kecuali ALLAH. sesungguhnya ALLAH yang maha mengetahui dalam setiap detik HATI kita.

hati berkait rapat dengan niat, sebab niat berada dekat di hati.. wujud dan lahirnya dari hati. jika sucinya hati seseorang, maka suci jugak la niat hati... kadang-kadang orang salah erti antara perbuatan dan niat hati, kadang-kadang orang telah melabel sebelum menilai,mengenali sesorang..

itu lah manusia, sesungguhnya manusia lah yang paling lemah..  lemah dari segi meramal,menilai,memahami,mengetahui.. sebab kita hanya lah manusia .. tiada kuasa untuk mengetahui segalanya... sebab itu kita lalai untuk mengetahui hati dan perasaan sesorang.

iri hati? siapa kita untuk ada sifat iri hati pada sesorang ..? setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan cuma hanya berbeza.. jadi wajar kah mempunyai perasaan iri hati?''tidak kan'' itu lah manusia tidak dapat bezakan perasaan iri hati,dengan perasaan tidak mempunyai apa2 perasaan iri hati..  orang yang tidak mempunyai perasaan iri hati tidak mungkin akan berbuat baik , sebaiknya dengan orang yang die iri hati.. jiwanya setiasa tidak tenteram..

jadi kesimpulannya.. diri sendiri pun x betul, x pasti. jadi x perlu lah nak menilai orang seperti kau tu ALLAH yang mengetahui segala-galanya..
sekadar untuk peringatan pada diri setiap yang bergelar sebagai ''MANUSIA''.

assalamualaikum..

Wednesday, May 29, 2013

hari yang paling menyedihkan ku

assalamualaikum, terima kasih kerana dah wat aku menangis. mungkin silap aku, aku cuba lakukan yang terbaik dalam kumpulan tu, tapi macam x membawa erti sahaja. aku dah rasa agak lama. mungkin juga tidak diberi peluang untuk mencuba. atau mungkin orang memandang rendah dengan sesuatu yang aku ingin ucapkan..

dekat mana nak cari setiap detik kesilapan tu kalau semua tu telah ku semak satu persatu. ya allah apa lagi ujian yang kau berikan untuk aku lalui. sesungguhnya aku bukanlah manusia yang kuat untuk melaluinya selain daripada meminta bantuan dariMU ya ALLAH..

aku terima untuk segalanya, sekarang ni aku cuba untuk melakukan sesuatu yang terbaik, tetapi kenapa orang x nampak setiap apa yang aku usaha kan. sedihnya apabila bergurau senda, tapi di sebaliknya menyembunyi 1 rahsia. aku redda dengan apa yang kau berikan ujian untuk aku harungi di sini. tapi aku menangis di sini kerana aku lemah utnuk harungi. sebesar ni ujian yang kau berikan membuatku rase lemah seluruh tubuhku.

untuk bersendirian? mungkin tidak pernah berlaku, sejauh mana ujian yang perlu aku tempuh, tapi 1 jek untuk aku tahu dan tidak pernah aku ku buat adalah bersendirian untuk membincangkan sesuatu topik. tu la betul jugak orang2 cakap. nak dapat kawan gelak2 ramai.. tapi nak dapat kawan yang sentiasa di samping kita susah dan senang memang susah. ada jugak dapat kawan yang sentiasa bersama kita, tapi akan melupakan kita apabila mempunyai kawan yang baru.

aku bermohon semua ni akan berlalu pergi. k fine...
semoga setitis air mata kesedihan ini menguatkan lagi ketabahan hati..
semoga dengan sedikit kecewa ni akan berganti dengan perkara yang mengembira.
semoga kegembiraan ni tidak akan berakhir LUKA.

salam kesedihan.


Tuesday, May 28, 2013

mungkin ujian buat KU.

assalamualaikum.. harap semua dalam keadaan sihat walfiat.. firstly nk cakap balik2 kelas jek trus kemas bilik, basuh baju ,mop bilik, terus rase nk update blog.. rindu lak nak meluahkan sesuatu kan..
da sebulan da kat sini.. seronok tu memang la seronok, tapi banyak sangat kerja dan masa yang penuh kadang-kadang wat kan terleka yang da sebulan kat sini.hehehe

semuanya berjalan dengan lancar, tadi baru dapat keputusan exam untuk modul 1. memang terbaik.. semua dalam kelas tu dapat markah merah.. ada 2 orang jek yang lulus untuk modul 1. alamatnya kene ulang nilai la nanti. seriously .. memang susah, baru tawu nak jadi seorang pengajar ni bukan hanya masuk ke kelas beri tugasan dan terangkan. banyak perkara yang perlu di buat sebelum memulakan sesi pembelajaran.

mungkin ujian buat KU.. menjadi 1 tajuk pada hari ni dan petang ni.. kadang2 kita jadi manusia ni suka akan apa yang selalu mencuit hati kita. even semuanya kita x mahu berlaku. tapi kadang-kadang kita cuba untuk mengelakkan sesuatu, tetapi jarang sekali untuk berjaya mengelakkan sesuatu. berharap untuk semuanya akan berlalu.. tapi lain jadinya, malah makin terjadi dan terus berlaku.

mungkin salah aku? atau mungkin ujian untuk aku. supaya untuk terus membuktikan apa yang harus aku janji sebelum semua ini berlaku. aku berharap semua ini akan mendapat jalan lurus dan terus berlalu pergi. tapi jika jalan itu sudah diselami,tetapi tetap jugak bertemu kembali. aku x mampu melawan arus yang akan mendatang. cuma yang perlu aku lakukan sekarang aku ingin jadi seorang yang merenangi lautan yang tenang yang selama renangi dengan hati yang tenang. aku percaya sesuatu ujian pasti akan berlaku untuk sesorang menempuh kehidupan. tapi aku telah merenangi dan menyelami selama ini.. dan x mungkin semua ini akan ku biar kan nya pergi.

hanya kini berdoa agar semuanya adalah seketika dan akan berlalu dengan sendirinya.
akhir kata, kepastian itu lahirnya dari hati. assalamualaikum, shuhhhh! harap semua ni berlalu pergi.

Thursday, May 23, 2013

yang terbaru

Assalamualaikum, lama sudah x update blog ni... sekarang saya sambung study di shah alam.. even da 4 minggu kt sini tapi tetap x dapat nk update blog cerita terbaru.. sebenarnya baru jek balik dari kelas, tension jugak la sebab tadi ada exam .. tension sebab soalan nya mencabar minda.. nasib baik objektif. elak ulang nilai ramai-ramai kt auditorium.. hehehe..


petang ni pulak saya ada aktiviti kokorikulum, memamng sibuk study kat sini.. saya ambil kursus VTO .. (vakasional training officer) selam 3 bulan kat sini.. apa orang cakap, belum panas lagi duduk kt sini, dah habis dah belajar. sebab tu la saya sibuk sampai xdapat nk update pape lagi cerita terbaru.

lepas habis koko jek.. kemas2,siap2 nak balik ke rumah, naik train sampai ke TBS naik bas, memang dah setting masa ambil bas malam. x sabar nak nak balik. harap balik ni dapat rehat kan badan sikit. selama dekat sini penuh aktiviti yang saya dan kawan-kawan buat.

hehehe seronok.. ! tapi letih laa.. kalau riadah petang, saya join J.robik , menari Ci cHaCha, dan poco2. tu nampak kurus tu.. ceh wahh.. lau x J.robik pon kiteorang kat sini joging .. lepas jek 2 pusingan . stop terus, tibe2 terus lapar, g makan...

bila malam pulak, masing2 sibuk study group kt student coner, yang saya lak study dalam bilik kawan.. haha (study laaa sgt) yeee.. study tau... x study susah la nak wt kerja kumpulan.. nasib la public speaking dah lepas da.. kalau la x lepas lagi.. alamaknya banyak benda la belum settel lagi.

first time cakap dekat depan.. memang terketar-ketar tangan ni. wat2 cool jek.. padahal pegang mikrofon tu rase macam mengigil, nasib x terlepas mikrofon tu.. lepas 5 minit berucap kat depan.. fuhhhh! dengar org tepuk tangan.. rase lega sangat.

2 paper da lepas sekarang ni bersedia untuk belajar n exam untuk paper yang akan datang. seriously, padat lagi maksimum mase,dengan topik yang kite org belajar kt sini.
dalam 1 hari tu kite belajar dalam 4 tajuk. bayang kan la.. dalam 4 tajuk, ade pecahan tajuk kecil. amekawwwww... kene wt tugasan kumpulan, taip2, bincang2,print segala bagai , lepas tu hantar.
tu jek la hari2.. hehe..

next time cerita lagi, time untuk kemas bilik , apa yang patut, sebelum g makan n nak g koko nanti.
harap enjoy dalam hari2 kamu semua.
semoga kita hidup di berkati ALLAH. semoga setiap butir saya taip di ruangan ni mengingatkan saya tentang pengalaman diri saya sendiri.

assalamualaikum.

Thursday, March 28, 2013

muliakan wanita..



assalamualaikum, wat yang pertama kali saya bagi artikel sepanjang lebar ni daripada hasil maklumat yang sengaja saya share untuk semua wanita, sesungguhnya wanita adalah yang termulia. :)

hasil ini daripada ''RABIATUL ADAWIYAH'' daripada kolej universiti islam malaysia. saya dah bace dan saya share untuk semua bace.. semoga berguna untuk munasabah diri kita @ untuk persediaan di hari hadapan. ok.. jom.. bace ok...

PENGERTIAN HAK
Hak dari sudut bahasa ialah benar, kebenaran, kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu dan ianya ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain. (kamus dewan.2002.428)
Menurut istilah hak ialah sesuatu yang dapat dipunyai atau dikuasai, baik yang berupa benda mahupun yang berupa wewenang dan kewajipan ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa perbuatan.(syafii.1995.273) Firman Allah s.w.t :
Erttinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(al-baqarah:228)
Terdapat beberapa hak yang wajib suami tunaikan ke atas isteri berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi antaranya hak mahar, hak nafkah, hak mendapat hubungan komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar, hak terhadap harta sepencarian, dan beberapa hak asasi wanita yang akan disebut penulis di dalam kertas kerja ini antaranya hak wanita untuk bersuara, hak untuk bekerja dan hak terhadap hartanya sendiri.

HAK-HAK YANG WAJIB DIBERIKAN KEPADA ISTERI
1- HAK MENDAPAT MAHAR
Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:
﴿
ْاوتآو ءاسنلا نِهِتاَقدص ًةَلحِن نِإَف نبِط مُكَل نع ٍءيش هنم اسْفن هوُلُكَف اًئيِنه اًئيِرم
2
Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)
Di dalam hadith Nabi s.a.w ini ada menerangkan beberapa benda yang boleh dijadikan mahar, antaranya:
i- mata wang, sebagaimana dalam hadith Nabi:

ii- Barang seperti cincin, kasut, pakaian dan sebagainya seperti yang diterangkan dalam hadith berikut:
للها لوسر لاقف ينلعن ىلع تجوزت ةرازف نيب نم ةأرما نأ هيبأ نع ةعيبر نب رماع نب للها دبع نع
ρ : نم تيضرأتلاق ؟ينلعنب كلامو كسفن :هزاجأف ،معن) .يذمرتلا هاور(
iii- Pekerjaan seperti menghafal al-Quran, seperti yang diterangkan dalam hadith berikut:
لاق ،اقادص لعجيل ئش هدنع نكي لمو ةأرما جوزتي لجر ةصق في هنع للها يضر دعس نب لهس نع
: للها لوسر لاقρ :لاق ،نآرقلا نم كعم اذام :اهددع ،اذك ةروسو اذك ةروس يعم يعم .لاقف :لاق ؟كبلق رهظ نع نهؤرقتأ :معن .لاق :اهكتكلم دقف بهذانآرقلا نم كعم ابم -ةياور فيو-نآرقلا نم اهملعف اهكتجوز دق قلطنا ) .ملسم هاور(
iv- Makanan atau bahan
بينلا نأ هنع للها يضر للها دبع نب رباج نع
ρلاق :لحتسا دق ًارتم وأ ًاقيوس ةأرما قادص في ىطعأ نم
v- Dengan memerdekakannya
بينلا نأ هنع للها يضر سنأ نع
ρ ةيفص قتعا اهقادص اهقتع لعجوMahar merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil oleh suami sesuka hati melainkan dengan keredhaan dan keizinan isterinya. Seorang suami boleh berhutang mahar kepada isterinya dengan syarat ianya wajib dilunaskan kembali. Suami yang tidak mahu membayar mahar yang dihutang kepada isterinya diancam Allah dengan ancaman yang sama dengan orang-orang yang berhutang dengan niat tidak mahu melunasinya padahal mereka mampu untuk membayarnya kembali. Keadaan ini jelas merupakan penderhakaan terang-terangan terhadap hak isteri, sekaligus menderhakai Allah. Biasanya suami menganggap bahawa mahar itu tidak perlu lagi diberikan kepada kerana sudah jadi satu keluarga.

Firman Allah:
Ertinya: “jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka padahal kamu telah menentukan maharnya, maka bayarlah separuh dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali kalau isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah. Sikap maaf itu lebih adalah lebih dekat pada taqwa. Dan janganlah melupakan keutamaan antara sesama kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (al-Baqarah:237)
NAFKAH ZAHIR
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:
ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah< Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

NAFKAH BATIN
Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:
Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)
﴿
نهورِشاعو ِفورعمْلاِب
Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya...

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)
Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak''

نهوحبقت لاو نهوبرضت لاو
Ertinya:” ...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

يئاسنل مكيرخ انأو هئاسنل مكيرخ مكيرخ
Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri

﴿
اي اهيَأ ِذَّلاني اونمآ اوُق مُكسُفنَأ مُكيِلهَأو اران اهدوُقو سانلا ُةراجِحْلاو اهيَلع ٌةَكِئاَلم ٌظاَلِغ دادِش
اَل َنو
Ertinya: “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nyadan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (at-Tahrim:6)

Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)

“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

 

Surah an-Nisa’:128-129... (tidak dapat di copy  paste.. )

ini lah salah satu saya dapat kongsikan kepada semua .. dan sebagai satu pembelajaran untuk saya juga . serta sebagai sumber ilmu dlm blog saya ni.. hehe. semoga setiap apa yang kita lakukan hanyalah untuk ALLAH S.W.T  semoga kehidupan kita diberkati ALLAH dan dipermudahkan untuk mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.
sampai sini sahaja nukilan yang hanya di taip di permulaan dan akhirnya.. hehe.. assalamualaikum.

Thursday, March 7, 2013

assalamualaikum

salam sejahtera selalu kepada semua.

dah lama tak share pape kt blog ni. on9 pon baru sekarang. sekarang nak cakap yang sedia menulis semula kat ruangan ni. kalau lah ada masa. . tak ada apa nak di share kan lagi sebenarnya semuanya berlalu dengan pantas. alhamdulilah sihat selama saya tak menulis sebarang khabar di sini.

daripada 1 kejadian ke 1 kejadian . kita haruslah tabah dengan apa yang di tentukan oleh ALLAH s.a.w . pada awal bulan ni atok sakit sesak nafas di hospital tangkak. syukur alhamdulilah kini sudahpun berada di rumah. sayu sangat tengok atok sesak nafas dibantu dengan gas . atok tak lalu makan, sesak nafas dan mengigil.

setelah beberapa jam , atok beransur baik da tak sesak nafas, tapi atok sentiasa gelisah, tangan ,kaki semua dia cakap dia sakit. berpeluh dan badan atok pun sejuk, ada ketika panas. selepas di urut dan bagi minum ubat, dan masa untuk makan. alhamdulilah atok nak juga makan bubur. tu lah kali pertama jaga atok kt hospital dan suapkan atok makan.

doktor kata atok sesak nafas daripada hasil pemeriksaan doktor, atok ada jangkitan kuman di paru2. masa dengar tu pon da seram sebenarnya, bila ajak atok berborak, dia hanya cakap melalut, langsung tak faham. saya hanya berharap semua nya baik2 jek. doa agar atok cepat sembuh. bila waktu makan, dia makan. walaupun 2,3 suap jek. dah memadai.

seminggu selepas tu pulak, doktor dah benarkan atok balik ke rumah, tapi lain pulak jadinya, atok bengkak2 badan. ya ALLAH .. hanya berdoa agar semuanya ok jek. seperti selalu, bila atok dibenarkan keluar hospital . atok akan selalu temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan.

23/2/2012 - balik ke kampung untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu. anak sulung pada maksu saya.tapi sayang sekali tak sempat nak melawat atok kat rumah atok walaupun dekat. hanya dapat siapkan makanan yang ingin dibekalkan untuk atok.

selepas selesai semua majlis tu, beransur lah kami pulang ke rumah. sekarang pulak nga sibuk untuk uruskan dokumen dan persedian dari segi emosi dan mental utnuk menghadapi temuduga di CIAST,(centre for intructor and advance skill trainning) harap berjalan dengan lancar dan berharap impian dan harapan selama ini tercapai.

14/3 ni lah hari pertama dan pertama kalinya saya menghadiri temuduga. semoga ALLAH memudahkan segala urusan saya dengan selamat. aminnn...
doakan saya ya? . =)

sebelum beberapa hari dapat pengesahan / surat panggilan temuduga. saya pergi ke ikbn bersama nadia dan kak liya, untuk ambil takskip result . tapi salah pulak taip nya. dah kene betul kan balik. yang pelik x perasan daripada dulu. baru sekarnag terperasan yang pihak CPK salah taip kos di sijil result tu.
alhamdulilah, walaupun x dapat nak rangkul tempat pertama dalam kelas tu, x boleh nak kalahkan kat kak liya . yang sudah maklum lebih bijak hehehe.. dapat la CGPA 3.60 . bersyukur sebab dah di panggil temuduga, dan berharap agar kami bertiga dapat untuk meneruskan matlamat dan objektif sebenar untuk ke CIAST. amin.


ok lah sampai sini saja penulisan yang menjelma setelah lama menyepi . =)
semoga kehidupan hari-hari kita di rahmati ALLAH, serta membahagiakan hati.

assalamualaikum,