Thursday, March 28, 2013

muliakan wanita..



assalamualaikum, wat yang pertama kali saya bagi artikel sepanjang lebar ni daripada hasil maklumat yang sengaja saya share untuk semua wanita, sesungguhnya wanita adalah yang termulia. :)

hasil ini daripada ''RABIATUL ADAWIYAH'' daripada kolej universiti islam malaysia. saya dah bace dan saya share untuk semua bace.. semoga berguna untuk munasabah diri kita @ untuk persediaan di hari hadapan. ok.. jom.. bace ok...

PENGERTIAN HAK
Hak dari sudut bahasa ialah benar, kebenaran, kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu dan ianya ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain. (kamus dewan.2002.428)
Menurut istilah hak ialah sesuatu yang dapat dipunyai atau dikuasai, baik yang berupa benda mahupun yang berupa wewenang dan kewajipan ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa perbuatan.(syafii.1995.273) Firman Allah s.w.t :
Erttinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(al-baqarah:228)
Terdapat beberapa hak yang wajib suami tunaikan ke atas isteri berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi antaranya hak mahar, hak nafkah, hak mendapat hubungan komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar, hak terhadap harta sepencarian, dan beberapa hak asasi wanita yang akan disebut penulis di dalam kertas kerja ini antaranya hak wanita untuk bersuara, hak untuk bekerja dan hak terhadap hartanya sendiri.

HAK-HAK YANG WAJIB DIBERIKAN KEPADA ISTERI
1- HAK MENDAPAT MAHAR
Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:
﴿
ْاوتآو ءاسنلا نِهِتاَقدص ًةَلحِن نِإَف نبِط مُكَل نع ٍءيش هنم اسْفن هوُلُكَف اًئيِنه اًئيِرم
2
Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)
Di dalam hadith Nabi s.a.w ini ada menerangkan beberapa benda yang boleh dijadikan mahar, antaranya:
i- mata wang, sebagaimana dalam hadith Nabi:

ii- Barang seperti cincin, kasut, pakaian dan sebagainya seperti yang diterangkan dalam hadith berikut:
للها لوسر لاقف ينلعن ىلع تجوزت ةرازف نيب نم ةأرما نأ هيبأ نع ةعيبر نب رماع نب للها دبع نع
ρ : نم تيضرأتلاق ؟ينلعنب كلامو كسفن :هزاجأف ،معن) .يذمرتلا هاور(
iii- Pekerjaan seperti menghafal al-Quran, seperti yang diterangkan dalam hadith berikut:
لاق ،اقادص لعجيل ئش هدنع نكي لمو ةأرما جوزتي لجر ةصق في هنع للها يضر دعس نب لهس نع
: للها لوسر لاقρ :لاق ،نآرقلا نم كعم اذام :اهددع ،اذك ةروسو اذك ةروس يعم يعم .لاقف :لاق ؟كبلق رهظ نع نهؤرقتأ :معن .لاق :اهكتكلم دقف بهذانآرقلا نم كعم ابم -ةياور فيو-نآرقلا نم اهملعف اهكتجوز دق قلطنا ) .ملسم هاور(
iv- Makanan atau bahan
بينلا نأ هنع للها يضر للها دبع نب رباج نع
ρلاق :لحتسا دق ًارتم وأ ًاقيوس ةأرما قادص في ىطعأ نم
v- Dengan memerdekakannya
بينلا نأ هنع للها يضر سنأ نع
ρ ةيفص قتعا اهقادص اهقتع لعجوMahar merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil oleh suami sesuka hati melainkan dengan keredhaan dan keizinan isterinya. Seorang suami boleh berhutang mahar kepada isterinya dengan syarat ianya wajib dilunaskan kembali. Suami yang tidak mahu membayar mahar yang dihutang kepada isterinya diancam Allah dengan ancaman yang sama dengan orang-orang yang berhutang dengan niat tidak mahu melunasinya padahal mereka mampu untuk membayarnya kembali. Keadaan ini jelas merupakan penderhakaan terang-terangan terhadap hak isteri, sekaligus menderhakai Allah. Biasanya suami menganggap bahawa mahar itu tidak perlu lagi diberikan kepada kerana sudah jadi satu keluarga.

Firman Allah:
Ertinya: “jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka padahal kamu telah menentukan maharnya, maka bayarlah separuh dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali kalau isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah. Sikap maaf itu lebih adalah lebih dekat pada taqwa. Dan janganlah melupakan keutamaan antara sesama kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (al-Baqarah:237)
NAFKAH ZAHIR
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:
ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah< Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

NAFKAH BATIN
Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:
Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)
﴿
نهورِشاعو ِفورعمْلاِب
Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya...

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)
Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak''

نهوحبقت لاو نهوبرضت لاو
Ertinya:” ...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

يئاسنل مكيرخ انأو هئاسنل مكيرخ مكيرخ
Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri

﴿
اي اهيَأ ِذَّلاني اونمآ اوُق مُكسُفنَأ مُكيِلهَأو اران اهدوُقو سانلا ُةراجِحْلاو اهيَلع ٌةَكِئاَلم ٌظاَلِغ دادِش
اَل َنو
Ertinya: “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nyadan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (at-Tahrim:6)

Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)

“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

 

Surah an-Nisa’:128-129... (tidak dapat di copy  paste.. )

ini lah salah satu saya dapat kongsikan kepada semua .. dan sebagai satu pembelajaran untuk saya juga . serta sebagai sumber ilmu dlm blog saya ni.. hehe. semoga setiap apa yang kita lakukan hanyalah untuk ALLAH S.W.T  semoga kehidupan kita diberkati ALLAH dan dipermudahkan untuk mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.
sampai sini sahaja nukilan yang hanya di taip di permulaan dan akhirnya.. hehe.. assalamualaikum.

Thursday, March 7, 2013

assalamualaikum

salam sejahtera selalu kepada semua.

dah lama tak share pape kt blog ni. on9 pon baru sekarang. sekarang nak cakap yang sedia menulis semula kat ruangan ni. kalau lah ada masa. . tak ada apa nak di share kan lagi sebenarnya semuanya berlalu dengan pantas. alhamdulilah sihat selama saya tak menulis sebarang khabar di sini.

daripada 1 kejadian ke 1 kejadian . kita haruslah tabah dengan apa yang di tentukan oleh ALLAH s.a.w . pada awal bulan ni atok sakit sesak nafas di hospital tangkak. syukur alhamdulilah kini sudahpun berada di rumah. sayu sangat tengok atok sesak nafas dibantu dengan gas . atok tak lalu makan, sesak nafas dan mengigil.

setelah beberapa jam , atok beransur baik da tak sesak nafas, tapi atok sentiasa gelisah, tangan ,kaki semua dia cakap dia sakit. berpeluh dan badan atok pun sejuk, ada ketika panas. selepas di urut dan bagi minum ubat, dan masa untuk makan. alhamdulilah atok nak juga makan bubur. tu lah kali pertama jaga atok kt hospital dan suapkan atok makan.

doktor kata atok sesak nafas daripada hasil pemeriksaan doktor, atok ada jangkitan kuman di paru2. masa dengar tu pon da seram sebenarnya, bila ajak atok berborak, dia hanya cakap melalut, langsung tak faham. saya hanya berharap semua nya baik2 jek. doa agar atok cepat sembuh. bila waktu makan, dia makan. walaupun 2,3 suap jek. dah memadai.

seminggu selepas tu pulak, doktor dah benarkan atok balik ke rumah, tapi lain pulak jadinya, atok bengkak2 badan. ya ALLAH .. hanya berdoa agar semuanya ok jek. seperti selalu, bila atok dibenarkan keluar hospital . atok akan selalu temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan.

23/2/2012 - balik ke kampung untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu. anak sulung pada maksu saya.tapi sayang sekali tak sempat nak melawat atok kat rumah atok walaupun dekat. hanya dapat siapkan makanan yang ingin dibekalkan untuk atok.

selepas selesai semua majlis tu, beransur lah kami pulang ke rumah. sekarang pulak nga sibuk untuk uruskan dokumen dan persedian dari segi emosi dan mental utnuk menghadapi temuduga di CIAST,(centre for intructor and advance skill trainning) harap berjalan dengan lancar dan berharap impian dan harapan selama ini tercapai.

14/3 ni lah hari pertama dan pertama kalinya saya menghadiri temuduga. semoga ALLAH memudahkan segala urusan saya dengan selamat. aminnn...
doakan saya ya? . =)

sebelum beberapa hari dapat pengesahan / surat panggilan temuduga. saya pergi ke ikbn bersama nadia dan kak liya, untuk ambil takskip result . tapi salah pulak taip nya. dah kene betul kan balik. yang pelik x perasan daripada dulu. baru sekarnag terperasan yang pihak CPK salah taip kos di sijil result tu.
alhamdulilah, walaupun x dapat nak rangkul tempat pertama dalam kelas tu, x boleh nak kalahkan kat kak liya . yang sudah maklum lebih bijak hehehe.. dapat la CGPA 3.60 . bersyukur sebab dah di panggil temuduga, dan berharap agar kami bertiga dapat untuk meneruskan matlamat dan objektif sebenar untuk ke CIAST. amin.


ok lah sampai sini saja penulisan yang menjelma setelah lama menyepi . =)
semoga kehidupan hari-hari kita di rahmati ALLAH, serta membahagiakan hati.

assalamualaikum,