Thursday, March 7, 2013

assalamualaikum

salam sejahtera selalu kepada semua.

dah lama tak share pape kt blog ni. on9 pon baru sekarang. sekarang nak cakap yang sedia menulis semula kat ruangan ni. kalau lah ada masa. . tak ada apa nak di share kan lagi sebenarnya semuanya berlalu dengan pantas. alhamdulilah sihat selama saya tak menulis sebarang khabar di sini.

daripada 1 kejadian ke 1 kejadian . kita haruslah tabah dengan apa yang di tentukan oleh ALLAH s.a.w . pada awal bulan ni atok sakit sesak nafas di hospital tangkak. syukur alhamdulilah kini sudahpun berada di rumah. sayu sangat tengok atok sesak nafas dibantu dengan gas . atok tak lalu makan, sesak nafas dan mengigil.

setelah beberapa jam , atok beransur baik da tak sesak nafas, tapi atok sentiasa gelisah, tangan ,kaki semua dia cakap dia sakit. berpeluh dan badan atok pun sejuk, ada ketika panas. selepas di urut dan bagi minum ubat, dan masa untuk makan. alhamdulilah atok nak juga makan bubur. tu lah kali pertama jaga atok kt hospital dan suapkan atok makan.

doktor kata atok sesak nafas daripada hasil pemeriksaan doktor, atok ada jangkitan kuman di paru2. masa dengar tu pon da seram sebenarnya, bila ajak atok berborak, dia hanya cakap melalut, langsung tak faham. saya hanya berharap semua nya baik2 jek. doa agar atok cepat sembuh. bila waktu makan, dia makan. walaupun 2,3 suap jek. dah memadai.

seminggu selepas tu pulak, doktor dah benarkan atok balik ke rumah, tapi lain pulak jadinya, atok bengkak2 badan. ya ALLAH .. hanya berdoa agar semuanya ok jek. seperti selalu, bila atok dibenarkan keluar hospital . atok akan selalu temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan.

23/2/2012 - balik ke kampung untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu. anak sulung pada maksu saya.tapi sayang sekali tak sempat nak melawat atok kat rumah atok walaupun dekat. hanya dapat siapkan makanan yang ingin dibekalkan untuk atok.

selepas selesai semua majlis tu, beransur lah kami pulang ke rumah. sekarang pulak nga sibuk untuk uruskan dokumen dan persedian dari segi emosi dan mental utnuk menghadapi temuduga di CIAST,(centre for intructor and advance skill trainning) harap berjalan dengan lancar dan berharap impian dan harapan selama ini tercapai.

14/3 ni lah hari pertama dan pertama kalinya saya menghadiri temuduga. semoga ALLAH memudahkan segala urusan saya dengan selamat. aminnn...
doakan saya ya? . =)

sebelum beberapa hari dapat pengesahan / surat panggilan temuduga. saya pergi ke ikbn bersama nadia dan kak liya, untuk ambil takskip result . tapi salah pulak taip nya. dah kene betul kan balik. yang pelik x perasan daripada dulu. baru sekarnag terperasan yang pihak CPK salah taip kos di sijil result tu.
alhamdulilah, walaupun x dapat nak rangkul tempat pertama dalam kelas tu, x boleh nak kalahkan kat kak liya . yang sudah maklum lebih bijak hehehe.. dapat la CGPA 3.60 . bersyukur sebab dah di panggil temuduga, dan berharap agar kami bertiga dapat untuk meneruskan matlamat dan objektif sebenar untuk ke CIAST. amin.


ok lah sampai sini saja penulisan yang menjelma setelah lama menyepi . =)
semoga kehidupan hari-hari kita di rahmati ALLAH, serta membahagiakan hati.

assalamualaikum,



No comments:

Post a Comment