Wednesday, May 29, 2013

hari yang paling menyedihkan ku

assalamualaikum, terima kasih kerana dah wat aku menangis. mungkin silap aku, aku cuba lakukan yang terbaik dalam kumpulan tu, tapi macam x membawa erti sahaja. aku dah rasa agak lama. mungkin juga tidak diberi peluang untuk mencuba. atau mungkin orang memandang rendah dengan sesuatu yang aku ingin ucapkan..

dekat mana nak cari setiap detik kesilapan tu kalau semua tu telah ku semak satu persatu. ya allah apa lagi ujian yang kau berikan untuk aku lalui. sesungguhnya aku bukanlah manusia yang kuat untuk melaluinya selain daripada meminta bantuan dariMU ya ALLAH..

aku terima untuk segalanya, sekarang ni aku cuba untuk melakukan sesuatu yang terbaik, tetapi kenapa orang x nampak setiap apa yang aku usaha kan. sedihnya apabila bergurau senda, tapi di sebaliknya menyembunyi 1 rahsia. aku redda dengan apa yang kau berikan ujian untuk aku harungi di sini. tapi aku menangis di sini kerana aku lemah utnuk harungi. sebesar ni ujian yang kau berikan membuatku rase lemah seluruh tubuhku.

untuk bersendirian? mungkin tidak pernah berlaku, sejauh mana ujian yang perlu aku tempuh, tapi 1 jek untuk aku tahu dan tidak pernah aku ku buat adalah bersendirian untuk membincangkan sesuatu topik. tu la betul jugak orang2 cakap. nak dapat kawan gelak2 ramai.. tapi nak dapat kawan yang sentiasa di samping kita susah dan senang memang susah. ada jugak dapat kawan yang sentiasa bersama kita, tapi akan melupakan kita apabila mempunyai kawan yang baru.

aku bermohon semua ni akan berlalu pergi. k fine...
semoga setitis air mata kesedihan ini menguatkan lagi ketabahan hati..
semoga dengan sedikit kecewa ni akan berganti dengan perkara yang mengembira.
semoga kegembiraan ni tidak akan berakhir LUKA.

salam kesedihan.


Tuesday, May 28, 2013

mungkin ujian buat KU.

assalamualaikum.. harap semua dalam keadaan sihat walfiat.. firstly nk cakap balik2 kelas jek trus kemas bilik, basuh baju ,mop bilik, terus rase nk update blog.. rindu lak nak meluahkan sesuatu kan..
da sebulan da kat sini.. seronok tu memang la seronok, tapi banyak sangat kerja dan masa yang penuh kadang-kadang wat kan terleka yang da sebulan kat sini.hehehe

semuanya berjalan dengan lancar, tadi baru dapat keputusan exam untuk modul 1. memang terbaik.. semua dalam kelas tu dapat markah merah.. ada 2 orang jek yang lulus untuk modul 1. alamatnya kene ulang nilai la nanti. seriously .. memang susah, baru tawu nak jadi seorang pengajar ni bukan hanya masuk ke kelas beri tugasan dan terangkan. banyak perkara yang perlu di buat sebelum memulakan sesi pembelajaran.

mungkin ujian buat KU.. menjadi 1 tajuk pada hari ni dan petang ni.. kadang2 kita jadi manusia ni suka akan apa yang selalu mencuit hati kita. even semuanya kita x mahu berlaku. tapi kadang-kadang kita cuba untuk mengelakkan sesuatu, tetapi jarang sekali untuk berjaya mengelakkan sesuatu. berharap untuk semuanya akan berlalu.. tapi lain jadinya, malah makin terjadi dan terus berlaku.

mungkin salah aku? atau mungkin ujian untuk aku. supaya untuk terus membuktikan apa yang harus aku janji sebelum semua ini berlaku. aku berharap semua ini akan mendapat jalan lurus dan terus berlalu pergi. tapi jika jalan itu sudah diselami,tetapi tetap jugak bertemu kembali. aku x mampu melawan arus yang akan mendatang. cuma yang perlu aku lakukan sekarang aku ingin jadi seorang yang merenangi lautan yang tenang yang selama renangi dengan hati yang tenang. aku percaya sesuatu ujian pasti akan berlaku untuk sesorang menempuh kehidupan. tapi aku telah merenangi dan menyelami selama ini.. dan x mungkin semua ini akan ku biar kan nya pergi.

hanya kini berdoa agar semuanya adalah seketika dan akan berlalu dengan sendirinya.
akhir kata, kepastian itu lahirnya dari hati. assalamualaikum, shuhhhh! harap semua ni berlalu pergi.

Thursday, May 23, 2013

yang terbaru

Assalamualaikum, lama sudah x update blog ni... sekarang saya sambung study di shah alam.. even da 4 minggu kt sini tapi tetap x dapat nk update blog cerita terbaru.. sebenarnya baru jek balik dari kelas, tension jugak la sebab tadi ada exam .. tension sebab soalan nya mencabar minda.. nasib baik objektif. elak ulang nilai ramai-ramai kt auditorium.. hehehe..


petang ni pulak saya ada aktiviti kokorikulum, memamng sibuk study kat sini.. saya ambil kursus VTO .. (vakasional training officer) selam 3 bulan kat sini.. apa orang cakap, belum panas lagi duduk kt sini, dah habis dah belajar. sebab tu la saya sibuk sampai xdapat nk update pape lagi cerita terbaru.

lepas habis koko jek.. kemas2,siap2 nak balik ke rumah, naik train sampai ke TBS naik bas, memang dah setting masa ambil bas malam. x sabar nak nak balik. harap balik ni dapat rehat kan badan sikit. selama dekat sini penuh aktiviti yang saya dan kawan-kawan buat.

hehehe seronok.. ! tapi letih laa.. kalau riadah petang, saya join J.robik , menari Ci cHaCha, dan poco2. tu nampak kurus tu.. ceh wahh.. lau x J.robik pon kiteorang kat sini joging .. lepas jek 2 pusingan . stop terus, tibe2 terus lapar, g makan...

bila malam pulak, masing2 sibuk study group kt student coner, yang saya lak study dalam bilik kawan.. haha (study laaa sgt) yeee.. study tau... x study susah la nak wt kerja kumpulan.. nasib la public speaking dah lepas da.. kalau la x lepas lagi.. alamaknya banyak benda la belum settel lagi.

first time cakap dekat depan.. memang terketar-ketar tangan ni. wat2 cool jek.. padahal pegang mikrofon tu rase macam mengigil, nasib x terlepas mikrofon tu.. lepas 5 minit berucap kat depan.. fuhhhh! dengar org tepuk tangan.. rase lega sangat.

2 paper da lepas sekarang ni bersedia untuk belajar n exam untuk paper yang akan datang. seriously, padat lagi maksimum mase,dengan topik yang kite org belajar kt sini.
dalam 1 hari tu kite belajar dalam 4 tajuk. bayang kan la.. dalam 4 tajuk, ade pecahan tajuk kecil. amekawwwww... kene wt tugasan kumpulan, taip2, bincang2,print segala bagai , lepas tu hantar.
tu jek la hari2.. hehe..

next time cerita lagi, time untuk kemas bilik , apa yang patut, sebelum g makan n nak g koko nanti.
harap enjoy dalam hari2 kamu semua.
semoga kita hidup di berkati ALLAH. semoga setiap butir saya taip di ruangan ni mengingatkan saya tentang pengalaman diri saya sendiri.

assalamualaikum.