Sunday, September 15, 2013

salam, firstly nk gtwu bahawasanya diri ini sudah pun berada di shah alam, seperti semua pelajar lain, yg sedang menjalani internship.. seriously aku berada dalam keadaan yang krg stabil, dari segi emosi dan tekanan kat sini.. alhamdulilah.. keluarga ni sungguh baik bg aku.. syukur sebab masih ada lagi seorang manusia yang berhati baik seperti keluarga ni.. 

aku merasakan keluarga ni telah berikan ku 1 semangat yang baru agar aku terus kuat, mungkin tu salah satu gantinya keluarga ku yang jauh berbatu dari aku. sedih jugak sebab berjauhan dengan family, agaknya lebih sedih bila kita tiada siapa2 lagi kan? semoga ALLAH panjangkan umur emak dan ayah aku. semoga mereka dapat melihat aku berjaya dan aku dapat mengembirakannya,

baru berapa minggu dekat sini, aku dah rasa sedih sgt, mungkin kne mengharungi pelbagai cabaran kat sini. pengakuan yang sangat ikhlas dari hati... aku memang lah seorang yang takut dengan cabaran, takut dengan dugaan. semoga ALLAH berikan aku ketabahan selama aku di sini. :(

 kadang-kadang aku rasa x kuat lagi nak teruskan, tapi aku fikirkan masa hadapan aku, tak kan aku nak biarkan hancur mcm tu jek, mungkin jugak ALLAH sdg menguji aku, supaya aku sentiasa mengingati NYA .. alhamdulilah , semakin hampir hari , semakin meningkatkannya angka, aku harap setiap apa yang aku mohon, aku impikan dalam setiap doaku setiap hari, di makbul ALLAH, semoga juga, ALLAH berikan rezeki pada aku dan keluarga aku. INSYAALLAH AMIN. 

nukilan hati,
''rara''

No comments:

Post a Comment